Search This Blog

Wednesday, 7 March 2012

Perisian Melukis Struktur Molekul


Melukis struktur molekul dan memahirkannya merupakan elemen penting dalam proses pembelajaran terutamanya dalam subjek kimia. Latihan melukis struktur molekul juga akan banyak membantu pelajar memahirkan konsep-konsep asas pembinaan suatu molekul termasuk oktet, stereokimia, orbital molekul, jenis ikatan dan sebagainya. Tidak dinafikan melukis struktur kimia di atas sekeping kertas adalah asas (boleh saya katakan keutamaan), tetapi bagi pelajar alaf baru dan juga perkembangan dunia perkomputeran yang sangat pesat, tidak salah bagi bakal-bakal ahli kimia, jika dalam masa yang sama memahirkan diri dengan mencuba dan menggunakan perisian-perisian untuk melukis berbagai struktur molekul. 

Monday, 28 March 2011

Disakarida dan Polisakarida

Klik pautan untuk muat turun nota kuliah 
(Click link to download the lecture notes)
****************************************
(versi Bahasa Melayu)

Pengenalan

Setelah dibincangkan tentang gula ringkas dalam catatan lepas, kini tiba giliran membincangkan gula disakarida dan polisakarida pula. Gula disakarida banyak dijumpai dalam sekitaran kita, malah cukup rapat dengan kegunaan harian kita seperti maltosa (dalam madu dan buah-buahan), laktosa (dalam produk tenusu) dan sukrosa (gula tebu). Keperluan ini juga penting sebagai sumber tenaga segera sepertimana pentingnya gula ringkas. Polisakarida pula rantai panjang unit gula yang kebanyakannya terbentuk daripada lebihan gula ringkas dan disakarida dalam manusia, haiwan dan tumbuhan. Catatan kali ini membincangkan tentang jenis ikatan gula di- dan polisakarida.

Tuesday, 22 February 2011

Tindakbalas Monosakarida

Klik pautan untuk muat turun nota kuliah 
(Click link to download the lecture notes)
****************************************
(versi Bahasa Melayu)

Tindakbalas Gula Ringkas

Monosakarida sama ada gula aldo atau gula keto, kedua-dua mempunyai sifat kereaktifan yang hampir sama. Ini kerana kehadiran kumpulan karbonil dan hidroksi yang boleh bertindakbalas dengan reagen tertentu. Antara tindakbalas yang popular berkaitan glukosa umpamanya ujian Benedict. Tindakbalas positif akan menghasilkan mendakan merah bata. Dalam topik ini, beberapa tindakbalas utama beserta contoh-contoh akan dibincangkan. 
(will be continue...)