Search This Blog

Thursday 31 December 2009

Pengenalan kepada SCES2324 Petrokimia

Muat turun Slide Kuliah (Download Lecture Slides)

*******************************************
Petrokimia adalah satu daripada industri yang penting bukan sahaja penyumbang kepada ekonomi dunia malah pengeluaran bahan mentah petroleum dan gas asli acap kali terjamin dengan penemuan telaga-telaga minyak yang baru. Sehingga kini, negara-negara timur tengah masih menjuarai pengeluaran minyak mentah dunia.

Memandangkan keperluan semasa yang sentiasa meningkat dan persaingan dalam menghasilkan produk-produk berasaskan petroleum, industri ini sangat bergantung kepada pengeluaran produk-produk baru dan tambah nilai. Dalam perbincangan awal, dua perkara asas diketengahkan iaitu taburan telaga minyak dunia dan proses-proses asas penyaringan bahan mentah. Proses asas minyak mentah ini terbahagi kepada dua iaitu proses fizikal dan proses kimia.

Diharapkan dengan pengenalan ini (lihat nota), ia dapat memberikan maklumat awal kursus sebelum perbincangan lebih mendalam tentang tindakbalas dan proses pengeluaran bahan berasaskan aromatik.