Search This Blog

Saturday 16 August 2014

Kenapa Campuran Stirofom dan Petrol Boleh Menjadi Gam?

Gam digunakan untuk melekatkan sesuatu lapisan kepada suatu permukaan lain. Pita pelekat adalah satu contoh mudah bagaimana fungsi gam melekatkan lapisan plastik kepada permukaan kesat, kertas umpamanya. Fungsi gam pada pita pelekat itu berbeza kesannya mengikut jenis-jenis permukaan. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Mari kita cuba menjawabnya menggunakan contoh gam hasil campuran stirofom dan petrol dari aspek kimia dan juga fizikal.

Aspek Kimia

Perkara utama yang perlu diketahui adalah struktur molekul stirofom. Dalam industri, ia juga dikenali sebagai polistirena (polystyrene). Stirofom dihasilkan daripada pempolimeran molekul monomer stirena (styrene) seperti dalam Rajah 1, menjadikan ia suatu molekul yang sangat panjang dan berselirat.

Rajah 1

Ikatan Antara Molekul Stirofom

Jika diperhatikan kepada struktur molekul polimer ini, kehadiran kumpulan fenil yang bersifat aromatik menjadikan in mampu membentuk daya ikatan sementara yang digelar van der Waals (Rajah 2). Boleh dikatakan juga tiada ikatan kimia yang kekal seperti ikatan kovalen, dan ikatan yang lebih kuat seperti ikatan hidrogen akan wujud di antara polistirena ini. 



Rajah 2

Daripada aspek kimia dan interaksi molekul, campuran stirofom dengan petrol menjadikan ia bersifat lekitan yang tinggi. Tujuan petrol ini adalah untuk merenggangkan sedikit jarak di antara kumpulan fenil dan mengurangkan daya van der waals tadi (Rajah 3).



Rajah 3

Ikatan Antara Stirofom dengan Permukaan

Sekarang kita fokus pula kepada lekatan stirofom ini kepada permukaan lain.[ref] Sekali lagi perhatikan struktur molekul dan daya yang boleh wujud untuk mereka berinteraksi. Permukaan yang sesuai untuk stirofom ini berfungsi dengan baik adalah semestinya permukaan yang serupa iaitu bersifat beraromatik. Permukaan tidak berpolar juga sesuai untuk gam jenis ini kerana boleh membentuk ikatan sementara van der Waals. Cuba uji gam ini pada permukaan berpolar seperti permukaan kaca dan getah pemadam. Yang mana melekat dengan lebih kuat? Fikirkan mengapa ia mempunyai keupayaan lekatan yang berbeza?

Aspek Fizikal

Dalam senario gam stirofom, ia melekat pada suatu permukaan kerana wujud kawasan tidak rata. Kawasan ini akan dipenuhi oleh stirofom dan mengeras sekali gus melekat pada pada permukaan tersebut. Semakin tinggi keporosan permukaan maka semakin luas kawasan untuk berlaku lekatan gam ini. Hasilnya semakin kuat gam melekat pada permukaan.

Lain pula hasilnya apabila permukaan berhabuk dan berminyak. Cuba fikirkan apakah mungkin berlaku jika gam ini digunakan pada permukaan berminyak atau berhabuk?



Rajah 4

Moga berjaya...!

No comments:

Post a Comment