Search This Blog

Tuesday 9 February 2010

Tindakbalas Sebatian Aromatik - Benzena




Muat turun Slide Kuliah (Download Lecture Slides)


**********************************************

Topik terdahulu telah dibincangkan sifat fizikal sebatian aromatik, pengeluaran bahan aromatik menerusi proses penulenan (proses fizikal) dan juga peningkatan hasil melalui transformasi struktur molekul (proses kimia).

Dalam topik seterusnya ini, tindakbalas sebatian aromatik dalam skala industri akan dibincangkan secara lebih terperinci termasuk pengubahan sebatian aromatik khususnya benzena kepada struktur molekul yang dikehendaki seperti styrene, phenol, aniline dan anhydride

Styrene dihasilkan bermula daripada tindakbalas antara benzena dengan etilene bagi menghasilkan etilbenzena. Proses seterusnya adalah dehidrogenasi secara langsung yang menghasilkan styrene. Terdapat dua  jenis proses dehidrogenasi dibincangkan dengan lebih terperinci iaitu adiabatik dan reaktor tubular. 

Pengeluaran phenol tidak kurang pentingnya di mana kaedah Raschig dan kaedah Cumene dibincangkan. Perbandingan diantara kedua-dua kaedah yang popular ini dibuat berdasarkan pelaburan, bahan mentah, peratusan hasil dan juga hasil sampingan.

Tindakbalas benzena dalam keadaan tertentu untuk penghasilan nitrobenzene, aniline, anhydride dan sulphonate benzene juga dibincangkan. Ia penting untuk diketahui kerana bahan-bahan tersebut banyak sekali digunakan dalam industri pembuatan, perubatan dan surfaktan.

No comments:

Post a Comment