Search This Blog

Monday 4 January 2010

Pengeluaran Naftena

*************************************************************
Naftena adalah hasil petrokimia dalam bentuk hidrokarbon tepu dan berbentuk siklik (gelang) - cyclohydrocarbon. Ia merupakan salah satu bahagian yang besar dalam produk petroleum.

Topik in berkisar tentang pengeluaran naftena dan hasil-hasil daripada tindakbalas naftena. Pada peringkat awal, diterangkan bagaimana naftena ini dikeluarkan secara fizikal. Kemudian, peratusan hasil naftena dapat ditingkatkan secara kimia melalui proses tertentu hidrogenasi dan penutupan hidrokarbon alifatik. Sifat-sifat fizikal tidak kurang pentingnya kerana terdapat faktor bilangan atom karbon dan bentuk molekul. (nota 1*)

Bahagian seterusnya adalah tindakbalas-tindakbalas bahan naftena kepada bentuk-bentuk molekul lain. Proses ini penting untuk menjana lebih banyak julat atau barisan produk daripada naftena itu sendiri. Antara tindakbalas yang dibincanagkan adalah pirolisis, oksidasi, penitratan, pengklorinan dan penyediaan kaprolaktam. (nota 2#)

Diharapkan perbincangan ini dapat memberikan maklumat awal, pada dasarnya pengeluaran naftena dan hasil-hasilnya daripada tindakbalas biasa kimia organik, tetapi lebih kepada skala industri.

No comments:

Post a Comment