Melukis struktur molekul dan memahirkannya merupakan elemen penting dalam proses pembelajaran terutamanya dalam subjek kimia. Latihan melukis struktur molekul juga akan banyak membantu pelajar memahirkan konsep-konsep asas pembinaan suatu molekul termasuk oktet, stereokimia, orbital molekul, jenis ikatan dan sebagainya. Tidak dinafikan melukis struktur kimia di atas sekeping kertas adalah asas (boleh saya katakan keutamaan), tetapi bagi pelajar alaf baru dan juga perkembangan dunia perkomputeran yang sangat pesat, tidak salah bagi bakal-bakal ahli kimia, jika dalam masa yang sama memahirkan diri dengan mencuba dan menggunakan perisian-perisian untuk melukis berbagai struktur molekul.
Disini akan dikongsikan senarai beberapa perisian yang terdapat dalam pasaran sama ada berbayar mahupun percuma. Anda boleh memuat turun dan mencubanya. Hanya dua yang pertama akan diperkenalkan (secara ringkas) kerana kedua-duanya paling biasa digunakan oleh penyelidik dan pengajar. Senarai seterusnya mungkin boleh membantu pelajar untuk berjinak-jinak dengan perisian seumpamanya, malah perisian-perisian tersebut boleh didapati percuma daripada web masing-masing.


3. ChemSketch: Ia menggunakan platform Windows dan Linux. Terdapat sokongan perisian seperti jangkaan NMR tetapi bertindak berasingan. Anda boleh mencubanya secara percuma di web berkenaan (ACD/Labs).
4. Symyx Draw: Ia menggunakan platform XP/Vista. Dari review yang diperolehi, perisian ini mungkin boleh diharap untuk tugasan asas melukis struktur molekul tanpa memerlukan aplikasi yang lebih tinggi. Sila ke web ini (Symyx Draw) untuk muat turun perisian.
5. WinDrawChem: Ia merupakan perisian ringkas dan berfungsi di atas kebanyakan platform Windows, Linux dan UNIX. Ia percuma dan boleh dimuat turun di web ini (WinChemDraw).
Sebenarnya banyak lagi perisian seumpama yang boleh didapat sama ada berbayar mahupun secara percuma dan opensource. Anda boleh mencuba dan menggunakannya untuk membantu proses pembelajaran anda. Selamat melukis struktur molekul kimia secara elektronik...!
No comments:
Post a Comment