Search This Blog

Monday 11 January 2010

Pengenalan kepada Aromatik daripada Petroleum



Muat turun Slide Kuliah (Download Lecture Slides)



***********************************************************


Setelah membincangkan pengeluaran dan tindakbalas berkaitan naftena (sikloalkana), dalam topik lepas, kini kita berpeluang membincangkan tentang pengeluaran sebatian aromatik daripada petroleum pula. Topik ini sangat penting kerana sebatian aromatik bukan sahaja mempunyai nilai pemintaan yang tinggi malah hasil atau produk berasaskan aromatik juga pelbagai. Dalam revolusi industri khususnya, sebatian aromatik sangat diperlukan dalam pelbagai lapangan seperti penyediaan bahan polimer, pelarut, bahan pemula, dan lain-lain lagi.


Topik ini menjurus kepada pengenalan awal sebatian aromatik daripada petroleum. Sifat dan kaedah pengeluaran bahan juga dibincangkan sebagai satu pengenalan kepada sebatian ini. (nota*)


Diharapkan ini dapat memberikan masukan awal sebelum proses tindakbalas selanjutnya dibincangkan kemudian.

Approximation

Muat turun Slide Kuliah (Download Lecture Slides)


********************************************************************


Catalytic activities can be observed naturally in many type of protein enzymes. The reactions have been speed up significantly compared to similar reactions without the catalyst. It is quite reasonable to say that bringing the substrates to the binding site will help the reaction to behave slightly different. The questions are, what cause the binding activity and how molecules or reagents participate in the "modified" the possible path of reactions? 


(will continue soon...)

Struktur Electronik Atom (Electronic Structure of Atoms)

Muat turun Slide Kuliah (Download Lecture Slides)


#SCES/P1200-Tutorial 1

*****************************************

Versi Melayu


Topik yang dibincangkan ini merupakan suatu lanjutan kepada atom dan komponen-komponen atom. Siri ini agak kritikal kerana ia merupakan peralihan kepada pemahaman konsep atom daripada perspektif fizik klasik kepada mekanik quantum.

Diselitkan diawal perbincangan adalah beberapa isu yang menjadikan fizik klasik tidak releven dalam menerangkan fenomena tersebut umpamanya fenomena jasad legap (blackbody) dan fotoelektrik (photoelectric). Bermula daripada saranan Max Planck tentang hubungan tenaga dan panjang gelombang sebagai suatu yang ter"kuanta", maka wujud prespektif baru dalam menerangkan konsep atom dan struktur elektronik atom itu sendiri menggunakan mekanik quantum (nota*).

Antara saranan-saranan yang dianggap penting adalah oleh Einstein, Bohr dan Heisenberg, dalam menerangkan sifat dan struktur binaan atom yang bukan sahaja kemudiannya dapat menerangkan atom mudah seperti H dan He, malah atom-atom berjisim besar dan molekul (nota**, nota***).

Diharapkan perbincangan ini dapat memberikan gambaran lebih jelas tentang struktur binaan atom dan struktur elektroniknya.


English Version


The discussed topic is an extra information on atoms and their components. It is a quite critical topic because the issue shifted from classical physics to quantum mechanics.

In the beginning, a few problems have been highlighted but not easy to be explained from classical physics such as blackbody and photoelectrics phenomena. From the early suggestions on the energy quantization related to the wavelenghts by Max Planck, a new perspective in order to explain the atomic concept and their electronic structure has emerged using quantum mechanic (note*).

Some of the important hypothesis made by Einstein, Bohr and Heisenberg, not just to explain the behaviour and how a simple atom like H or He is constructed, but also relevent for bigger atom and molecules (note**, note***).

Perhaps, from the discussion, we able to get a clear picture of atomic structure and most importantly their electronic structure.

Tuesday 5 January 2010

Struktur Atom (The Structure of Atom)


Muat turun Slide Kuliah (Download Lecture Slides)
**************************************************************
Versi Melayu

Prinsip-prinsip kimia telah dibentuk untuk peringkat awal kursus kimia dan sebagai persediaan untuk mendapatkan maklumat lanjut dalam subjek berkaitannya. (nota*)

Di awal kursus, beberapa topik tertentu berkenaan bahan, termasuk hukum-hukum berkaitan, klasifikasi bahan, dan komponen suatu atom, telah dibincangkan secara umum. Konsep atom dibawa secara berperingkat bermula dari aspek sejarah, seterusnya penemuan sifat atom mengikut pandangan fizik klasik. (nota#, nota@)


Diharapkan perbincangan ini dapat mengukuhkan lagi konsep atom dan molekul berdasarkan fizik klasik sebelum teori-teori tersebut dimansuhkan oleh teorem kuantum mekanik.


English Version


Principles of chemistry was designed for entry level of chemistry course and as a preparation for acquiring further information in chemistry-related subjects. (note*)

In the beginning, certain topics on matter, including some related laws, classification of matter, and components of an atom, was briefly discussed. The concept of atom was discussed gradually from the aspect of history, until the finding of atomic properties from the point of view of classical physics. (note#, note@)

Perhaps from the discussion, we able to get a clear idea on atomic and molecular concept based on classical physics theories before the theories were disqualified by quantum mechanic theorem.

Monday 4 January 2010

Pengeluaran Naftena

*************************************************************
Naftena adalah hasil petrokimia dalam bentuk hidrokarbon tepu dan berbentuk siklik (gelang) - cyclohydrocarbon. Ia merupakan salah satu bahagian yang besar dalam produk petroleum.

Topik in berkisar tentang pengeluaran naftena dan hasil-hasil daripada tindakbalas naftena. Pada peringkat awal, diterangkan bagaimana naftena ini dikeluarkan secara fizikal. Kemudian, peratusan hasil naftena dapat ditingkatkan secara kimia melalui proses tertentu hidrogenasi dan penutupan hidrokarbon alifatik. Sifat-sifat fizikal tidak kurang pentingnya kerana terdapat faktor bilangan atom karbon dan bentuk molekul. (nota 1*)

Bahagian seterusnya adalah tindakbalas-tindakbalas bahan naftena kepada bentuk-bentuk molekul lain. Proses ini penting untuk menjana lebih banyak julat atau barisan produk daripada naftena itu sendiri. Antara tindakbalas yang dibincanagkan adalah pirolisis, oksidasi, penitratan, pengklorinan dan penyediaan kaprolaktam. (nota 2#)

Diharapkan perbincangan ini dapat memberikan maklumat awal, pada dasarnya pengeluaran naftena dan hasil-hasilnya daripada tindakbalas biasa kimia organik, tetapi lebih kepada skala industri.