Muat turun Slide Kuliah (Download Lecture Slides)
**********************************************

Dalam topik seterusnya ini, tindakbalas sebatian aromatik dalam skala industri akan dibincangkan secara lebih terperinci termasuk pengubahan sebatian aromatik khususnya benzena kepada struktur molekul yang dikehendaki seperti styrene, phenol, aniline dan anhydride.

Pengeluaran phenol tidak kurang pentingnya di mana kaedah Raschig dan kaedah Cumene dibincangkan. Perbandingan diantara kedua-dua kaedah yang popular ini dibuat berdasarkan pelaburan, bahan mentah, peratusan hasil dan juga hasil sampingan.
Tindakbalas benzena dalam keadaan tertentu untuk penghasilan nitrobenzene, aniline, anhydride dan sulphonate benzene juga dibincangkan. Ia penting untuk diketahui kerana bahan-bahan tersebut banyak sekali digunakan dalam industri pembuatan, perubatan dan surfaktan.
No comments:
Post a Comment